My Life Changing Product: GOW AA + Kojic Acid

Assalamualaikum an Hi everyone!

Today I rasa macam nak share this one product yang I rasa memang betul betul bagus and effective untuk I. Btw, I've been experiencing breakouts for many years since high school. I still remember dah macam macam cara I buat untuk cantikkan kulit sendiri dari pergi Dr. Ko, ambil ubat untuk control pimple, buat facial at several spa and clinic, I ada buat research sendiri pasal my skin condition and experimenting some products yang orang kata memang elok dan famous.

My skin condition adalah combination skin iaitu dry and oily skin. But dah 2 clinic I pergi, both cakap muka I sebenarnya oily. I pun tak faham sangat sebab dari luaran I memang rasa kulit I sangat kering. But punca kulit I berjerawat adalah minyak dalam kulit I. Korang tahu tak kalau kita tak moisturize kulit kita dengan betul, kulit kita naturally akan keluarkan minyak untuk bagi "moist" dekat kulit tu. Haha so sebenarnya cara prep kulit tak betul tulah leads to problematic skin ni. And sometimes boleh buat our skin barrier rosak. But harini I tak nak cakap pasal tu haha sebab I tak expert pasal tu.

Cakap la product apa je yang I belum try. Takda la nak cakap banyak but almost semua yang viral dekat social media and yg quite pricey for me I dah try. Before ni I pernah try Dr. Jart Ceramide dengan harapan dapat betulkan kulit I yang super dry tu and hilangkan my jerawat. Tapi kulit I rasa macam belengas and naik makin banyak jerawat. Maybe cara I pakai tu tak betul.

Sekarang ni Alhamdulillah I dapat rasa kulit I slowly healing dari major breakout yg tiba tiba tu. kulit I ni on off tau jerawat datang. Then baru ni suddenly banyak jerawat naik dekat pipi and chin area. I sedih sangat and tak tahu nak buat apa since I rasa product I pakai semua yg ada quality lah senang cakap.

Nak jadi cerita, haritu kebetulan I scroll my twitter then ada my friend ni retweet pasal satu product yang I belum pernah dengar iaitu GOW Alpha Arbutin + Kojic Acid. Time tulah I first time dengar pasal product ni and I baca thread dekat tweet tu. Some people said product ni sangat bagus untuk dark spot and scars you yang susah sangat nak hilang tu. Time tu jugak la kulit I memang banyak parut bekas dari jerawat I so macam consider untuk try product ni. I start cari review untuk this product and I jumpa ramaiiii cakap product ni bagus and takda lagi yang kata product ni tak okay. Yang paling best, diorang claim product ni sangat effective and boleh nampak kesan seawal 2 minggu ke sebulan. And bila I tengok review from this one seller dekat Shopee pun rupa-rupanya dah ramai orang beli this product and ada yg dah repeat banyak kali.



So haritu jugak I purchase product ni and I try pakai after I pakai toner. Then baru apply acne gel/moisturizer. Texture serum ni macam gel, and bau dia macam bau ubat dekat lab gittuuuu haha. Warna dia pun seram yaa macam ubat luka yang warna kuning tu haha. Tapi bila apply dekat muka, dia sangat ringan and tak berminyak langsung! Serious! Best sangat tapi lepas tu pakai la moisturizer ya. Yang penting sabar ya bila dah pakai product baru jangan tak sabar tunggu kesan. Untuk I, kesan dia agak cepat dalam 2-3 minggu dah nampak improvement dekat kulit I. My dark spots nampak pudar and memang i dah tak pakai concealer lepas tu. Tunggu kulit okay lagi je ni. If not, I memang kena cover my flaws dengan concealer.

Sekarang Alhamdulillah I'm so happy dengan progress kulit I even belum okay 100%. Oh oh, I rasa my skin kurang jerawat sebab pakai bubble foam jugak. Before ni I pakai Kiehls Calendula cleanser tapi tak sesuai dengan I. So I try this one bubble foam from Tres Lala and kulit I okay and jerawat I kering. I pakai acne gel from Differin. Best! Cepat kering and tak tipu, tu pun salah satu my holy grail products. Tapi agak pricey yaa untuk I haha! And please jangan lupa untuk moisturize skin lepas pakai product yang lain. And pakai sunscreen everyday tu wajib occay!

Once you guys dah jumpa product yang betul betul bagus and sesuai dengan korang, stick to that product je k. The less the better. Kalau korang nak tahu, lagi banyak product yang korang pakai dekat muka korang, lagi tak bagus sebenarnya. Biar kulit you guys betul betul sihat then boleh step up pakai yang lain lain. Jangan jadi macam I yang dulu, habis sampai 10 skincare routine I buat semata mata nak ikut korean, nak kulit macam diorang punya pasal. End up, habis breakout muka hahahaha.

So, apa yang I boleh cakap is tak rugi kalau korang try pakai GOW AA + Kojic Acid ni. Takda siapa yang bayar I pun untuk buat review ni. I just nak bagitau benda yang maybe dapat tolong you guys. You guys boleh cari product ni dekat Shopee. I beli 30ml RM65 sahaja. Agak kecik. But, pakai satu pump je sekali pakai. Memang jimat and best.

Comments